Mengenai Ar-Raudhah

Pada awal tahun 2009, sebuah perjumpaan antara Persatuan Penduduk Damai 3 telah diadakan dan hasil daripada mesyuarat itu, Persatuan Penduduk Damai 3 bersetuju untuk membangunkan sebuah surau yang diberi nama Ar-Raudhah. Secara umumnya, nama Ar-Raudhah dipilih kerana terdapat juga nama Ar-Raudhah di Masjidil Nabawi di Madinatul Al-Munawwarah yang mana ia merupakan tempat yang paling mustajab berdoa di masjid tersebut.
Tujuan asal penubuhan Surau Ar-Raudhah ini adalah untuk menampung jemaah Damai 3 kerana ruang solat yang terhad di surau-surau yang lain di Sekyen 3. Selain itu, tujuan lain adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk-penduduk di Damai 3 dan juga untuk memberi galakan kepada golongan muda untuk mendekatkan diri dengan rumah-rumah Allah S.W.T.
Syarikat RO Niaga telah merizabkan tanah seluas 0.6 hektar untuk pembinaan surau. Pada Januari 2013, pembinaan surau pun bermula dengan kos sebanyak Rm 460,000 dimana sebahagian dana itu dibiayai oleh Jabatan Pembangunan Negeri Selangor. Upacara perasmian surau telah dilakukan sempena sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal 1414 Hijrah.
Penaiktarafan surau telah dilakukan beberapa kali. Pembangunan fasa 2 yang merangkumi kemudahan seperti tandas, bilik jenazah, dapur, rumah imam, pejabat dan bilik musafir telah dijalankan. Pembangunan Fasa 2  bermula 2015 dan dapat disiapkan pada tahun 2016. Bagaimanapun, disebabkan jumlah jemaah yang semakin bertambah saban tahun, Ahli qariah surau Ar-raudhah telah mengumpul sekali lagi dana sebanyak Rm 300,000 untuk pembinaan fasa 3 yang bermula pada Oktober 2016 hingga 15 Februari 2017.
Advertisements